awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan tanam janin bayi tepi sawah

Bernama
Bernama
14/01/2019
08:35 MYT
Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan tanam janin bayi tepi sawah
media melaporkan perbuatan mencurigakan lelaki berkenaan di kawasan sawah di Bukit Rambai di sini kira-kira 8 pagi semalam disedari penduduk kampung sebelum membuat laporan polis. - Foto Astro AWANI
Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan polis kerana dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran dengan menanam janin bayi yang dilahirkan teman wanita remaja berkenaan di kawasan sawah di Bukit Rambai di sini, semalam.
Ketua Polis Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata remaja berusia 19 tahun yang bekerja sebagai juruteknik itu ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka di sini kira-kira 8 malam tadi.
Beliau berkata dua lagi lelaki yang berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar negeri itu berdasarkan nombor pendaftaran salah sebuah motosikal dinaiki mereka yang direkodkan saksi.
"Berdasarkan maklumat awal, ibu bayi berkenaan mengaku menyerahkan janin tersebut kepada teman lelakinya itu untuk ditanam selepas melahirkan.
"Justeru, tiga lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung penemuan janin bayi tersebut yang belum diketahui jantinanya," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Tanam janin di tepi sawah, tiga individu dijejaki
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dihurung semut dan masih bertali pusat ditemui tepi jalan
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dibuang di tong sampah dengan mulut disumbat tisu diselamatkan
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kekasih bersalah buang bayi berbulan madu dalam penjara
Semalam, media melaporkan perbuatan mencurigakan lelaki berkenaan di kawasan sawah di Bukit Rambai di sini kira-kira 8 pagi semalam disedari penduduk kampung sebelum membuat laporan polis.
Afzanizar berkata ibu kepada janin bayi berkenaan yang berusia 20 tahun dan tidak bekerja itu masih berada di Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh pakar Obstetrik dan Ginekologi bagi mengesahkan kelahiran bayi terlibat.
Beliau berkata mayat janin bayi itu dijangka menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka kira-kira 9.30 pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 11 pagi semalam sebelum sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui kesan tanah digali di batas sawah berkenaan.
"Hasil pemeriksaan lanjut, satu bungkusan kain putih yang mengandungi mayat janin bayi tersebut ditemui pada kedalaman kira-kira satu meter daripada kesan tanah digali itu," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#bersalin
#lelaki
#mayat
#mengandung
#remaja
#tanam janin
#tepi sawah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan