awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiga mayat pengganas sulu ditemui'

Bernama
Bernama
03/05/2013
13:01 MYT
'Tiga mayat pengganas sulu ditemui'
Pasukan keselamatan menemui tiga rangka mayat pengganas dari selatan Filipina dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dekat sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata rangka mayat itu ditemui pada pukul 2.05 petang Khamis semasa pasukan keselamatan membuat rondaan yang turut menyaksikan penemuan selaras senjata, beberapa butir peluru dan dokumen yang menunjukkan mereka adalah pengganas Sulu.
"Kami percaya mayat-mayat ini sama ada ditembak mati pada 6 Mac lepas atau semasa anggota keselamatan mengadakan operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua rangka mayat itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.
Dengan penemuan terbaru itu menjadikan jumlah mayat yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan sehingga kini ialah 59 mayat manakala jumlah musuh yang ditembak mati ialah 73 orang.
Hamza berkata sehingga kini 31 orang telah dituduh di mahkamah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2001 (Sosma) manakala jumlah tangkapan di bawah akta yang sama ialah 184 orang.
Sementara itu, Hamza memberi jaminan keselamatan di Sabah dan orang ramai tidak perlu bimbang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi Ahad ini.
"Sejak penamaan calon pada 20 April hingga semalam, polis menerima 322 laporan dan membuat lapan tangkapan berkaitan kesalahan membabitkan pilihan raya serta memantau lebih 2,500 ceramah," katanya.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Hamza Taib
#Kampung Tanjung Batu
#Lahad Datu
#mayat
#pengganas
#polis
#Sabah
#Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan