awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar Malaysia terpilih lanjut pelajaran di Akademi Tentera AS

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2019
14:11 MYT
Tiga pelajar Malaysia terpilih lanjut pelajaran di Akademi Tentera AS
Mereka adalah Muhammad Aniq Hilman Haslimi yang merupakan alumni MRSM Baling dan Mateshan Varma Subramaniam serta Grace Sian Ern Hui yang masing-masing merupakan alumni MRSM Parit.
Tiga alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menjadi rakyat Malaysia terbaharu terpilih bagi melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS).
Ketiga-tiga pelajar berkenaan baharu menamatkan pengajian di peringkat asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tahun ini.
Mereka adalah Muhammad Aniq Hilman Haslimi - alumni MRSM Baling, Mateshan Varma Subramaniam dan Grace Sian Ern Hui - masing-masing alumni MRSM Parit.
Kesemua mereka merupakan antara 100 calon yang perlu memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia, lulus Australian English Test dan temu duga oleh pihak UPNM dan pegawai dari Amerika Syarikat, selain perlu mempunyai standard fizikal dan ketahanan diri yang mampan.
"Perkara ini menjadi satu kebanggaan buat semua netizen serta memberi inspirasi kepada semua pelajar MRSM. Seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Mara mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang diperolehi," kata Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu kenyataan berkata.
Topic Berkaitan
#Akademi Tentera Amerika Syarikat
#MARA
#pelajar MRSM
#Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
#UPNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan