awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak susut susulan harapan konflik Asia Barat hampir tamat
Lebih 40 peratus pelaburan baharu diagihkan keluar kawasan Perak Perdana
Semua mangsa nahas helikopter ditemui di Sekadau, Kalimantan Barat

Tiga penyelaras DUN buat laporan polis terhadap Salman

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2026
23:46 MYT
 Tiga penyelaras DUN buat laporan polis terhadap Salman
Hasrul Hafizan (kiri), Mustaqim (tengah) dan Safariah (kanan) membuat laporan polis terhadap Salman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. - Foto Sinar Harian
Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar membuat laporan polis berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa berunsur kenyataan tidak tepat terhadap kerajaan negeri Pahang.
Laporan berkenaan dibuat oleh Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria; Penyelaras DUN Sungai Lembing, Datuk Safariah Awang Ngah; dan Penyelaras DUN Panching, Hasrul Hafizan Mohd Din terhadap Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.
Mustaqim berkata, tindakan mengaitkan pengumuman kerajaan negeri dengan dakwaan tertentu adalah tidak wajar dan boleh mengelirukan orang ramai.
“Ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup susulan konflik di Asia Barat, sepatutnya inisiatif kerajaan Pahang ini diberi sokongan.
“Namun, kenyataan yang dibuat dilihat boleh mencetuskan persepsi negatif dan kurang tepat,” katanya ketika ditemui selepas laporan tersebut dibuat.
Beliau menjelaskan, semua penyelaras DUN tertakluk kepada peraturan kewangan negeri dan tidak mempunyai kuasa untuk menyalurkan peruntukan secara terus atau sewenang-wenangnya.
Menurutnya, sebarang bantuan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan bukan dalam bentuk pemberian tunai secara langsung kepada penyelaras DUN seperti yang mungkin disalah tafsir.
“Perkara ini juga telah diperjelaskan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa bantuan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan asas kepada kumpulan sasar melalui data sedia ada di pejabat DUN,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pihak khususnya pemimpin pembangkang, terutamanya pimpinan muda Pas supaya lebih berhati-hati sebelum melemparkan tuduhan.
“Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada beliau dan juga pemimpin pembangkang yang lain,” katanya.
Terdahulu, Salman menerusi hantaran di Facebook hujung minggu lalu mendakwa pengumuman Wan Rosdy berkaitan peruntukan RM15,000 seminggu untuk membantu rakyat sebagai tindakan ‘merompak’ hasil kerajaan negeri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penyelaras DUN
#Muhammad Salman Al Farisi
#kenyataan tidak tepat
#Kerajaan negeri Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.