awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga saksi sedang dicari untuk bantu perbicaraan kes bunuh warga Sri Lanka

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2019
07:47 MYT
Tiga saksi sedang dicari untuk bantu perbicaraan kes bunuh warga Sri Lanka
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, ketiga-tiga individu itu diperlukan untuk hadir perbicaraan membabitkan kes pembunuhan yang berlaku di Jalan Gombak-Genting Sempah pada 2017. - Foto Astro AWANI
Polis kini sedang mengesan tiga saksi termasuk dua warga India untuk membantu perbicaraan kes bunuh seorang warga Sri Lanka di Mahkamah Selayang, di sini pada 28 Ogos nanti.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, ketiga-tiga individu itu diperlukan untuk hadir perbicaraan membabitkan kes pembunuhan yang berlaku di Jalan Gombak-Genting Sempah pada 2017.
Menurut beliau, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan Sha’ari Ariffin Senin, 52, yang beralamat di lot 1170, Batu 9, Jalan Gombak Utara, Kuala Lumpur.
Individu lain yang sedang dikesan adalah A. Sonaiya, 49, dan K. Sundar, 26, dan kedua-dua mereka beralamat di lot 46225 B, Setor Jalan Mangga, Kampung Sungai Tua, Batu Caves.
“Pihak polis menghadapi sedikit kesulitan untuk menyempurnakan sapina terhadap tiga saksi utama iaitu dua lelaki warga negara India dan satu lelaki Melayu warga tempatan kerana tidak dapat di kesan atau tidak dapat dihubungi.
“Sehubungan itu pihak polis minta pihak media minta buat hebahan melalui media dan juga orang ramai boleh lah menghubungi pegawai penyiasat IPD Gombak,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak siang tadi.
Samsor berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden I. Agilan di talian 03-61262222 atau 019-5240801.
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#bunuh
#kes bunuh warga sri Lanka
#lelaki
#mahkamah
#Melayu
#polis
#sapina
#sedang dikesan
#Selayang
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan