awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekeluarga berdepan detik cemas, kenderaan dinaiki dihanyutkan arus banjir

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/12/2020
07:47 MYT
Tiga sekeluarga berdepan detik cemas, kenderaan dinaiki dihanyutkan arus banjir
Pihak bomba mengambil masa 2 jam untuk menaikkan kereta mangsa ke tempat selamat. - Foto Astro AWANI
KEMAMAN:Tiga sekeluarga melalui detik mendebarkan selepas terperangkap di dalam banjir sebelum kereta mereka dihanyutkan arus.
Kejadian berlaku Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu kira-kira jam 7 pagi tadi.
Ketika kejadian pemandu berumur 34 tahun dan bersama isteri dan anak lelakinya yang berusia 6 tahun dikatakan dalam perjalanan untuk bersarapan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Tuan Mohamad Hanif Che Khalid, sejurus tiba di lokasi kejadian tiga beranak itu dipercayai cuba meredah air banjir sedalam anggaran satu meter.
Bagaimanapun selepas 80 meter meredah laluan itu kereta jenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka dibawa arus deras.
BACA: Myvi dihanyut arus, pemandu terperangkap diselamat pengguna jalan raya
Kesemua mangsa bagaimanapun sempat keluar menyelamatkan diri.
Beliau berkata seramai 10 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kejadian.
Pihak bomba mengambil masa 2 jam untuk menaikkan kereta mangsa ke tempat selamat.
Topic Berkaitan
#Kemaman
#banjir
#bomba
#kereta dihanyutkan arus
#Bandar Cheneh Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan