awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk seorang pegawai JPJ disyaki terima sogokan direman

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2022
08:54 MYT
Tiga termasuk seorang pegawai JPJ disyaki terima sogokan direman
Dua lelaki berbaju lokap jingga dan seorang wanita diiring SPRM di mahkamah hari ini. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dan seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima sogokan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Perintah reman terhadap suspek berusia 38 dan 28 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Syed Farid Syed Ali pada Selasa.
Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.
Isteri kepada pegawai JPJ terbabit berusia 38 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, kesemua suspek telah ditahan dalam Ops Kargo dilakukan Pusat Operasi Perisikan (POP) Zon Tengah, Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM pada 22 Mac lalu.
Difahamkan, pegawai JPJ berkenaan disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM300 hingga RM2,500 sebulan daripada pemilik syarikat dan individu melalui orang tengah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Isteri pegawai JPJ terbabit serta lelaki berusia 28 tahun itu pula disyaki turut terlibat.
Perbuatan itu dilakukan pada tahun 2016 hingga tahun 2021 dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#pegawai JPJ
#terima sogokan
#Rasuah
#SPRM
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan