awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikam isteri tak dapat wang beli dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2022
22:05 MYT
Tikam isteri tak dapat wang beli dadah
Suspek ditahan selepas menyerahkan diri di Balai Polis Kencana, Lahad Datu. -Foto Sinar Harian
LAHAD DATU: Seorang lelaki sanggup menikam isterinya menggunakan gunting selepas tidak diberikan wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa merupakan wanita warga Filipina berusia 21 tahun mengalami kecederaan di lengan kanan sehingga terpaksa menerima tiga jahitan di Klinik Kesihatan Desa Kencana, di sini.
"Suspek berusia 25 tahun dipercayai bertindak menikam isterinya menggunakan gunting setelah permintaannya untuk mendapatkan wang bagi tujuan membeli dadah tidak dipenuhi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati, pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan tiga tahun.
"Suspek kemudian datang menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#beri wang beli dadah
#tikam isteri dengan gunting
#Rohan Shah Ahmad
#Klinik Kesihatan Desa Kencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan