awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank of Thailand semak turun unjuran ekonomi susulan peningkatan inflasi, penurunan jumlah pelancong
Inisiatif 'Water Forward' Bank Dunia tangani krisis air global menjelang 2030
Amaran ribut petir, hujan lebat di Kedah dan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok nyahaktifkan 780,000 akaun pengguna bawah 16 tahun di Indonesia

Bernama
Bernama
14/04/2026
10:47 MYT
TikTok nyahaktifkan 780,000 akaun pengguna bawah 16 tahun di Indonesia
Aplikasi media sosial, TikTok telah menyahaktifkan 780,000 akaun milik pengguna di bawah umur 16 tahun di Indonesia sebagai mematuhi peraturan perlindungan kanak-kanak kerajaan PP Tunas dalam ruang digital. - Gambar fail
Aplikasi media sosial, TikTok telah menyahaktifkan 780,000 akaun milik pengguna di bawah umur 16 tahun di Indonesia sebagai mematuhi peraturan perlindungan kanak-kanak kerajaan PP Tunas dalam ruang digital.
Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Meutya Hafid berkata TikTok menjadi platform digital pertama yang melaporkan tindakan penguatkuasaan di bawah peraturan baharu yang mengawal operasi sistem elektronik untuk perlindungan kanak-kanak.
“Ini ialah kemenangan awal untuk orang ramai, ibu bapa, anak-anak di Indonesia dan sekali lagi kami menghargai TikTok kerana melaporkan awal mengenai jumlah akaun yang berjaya ditutup,” katanya, menurut Agensi Berita ANTARA, pada Selasa.
Indonesia secara rasmi melarang penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun susulan mula melaksanakan PP Tunas pada 28 Mac, dasar yang mewajibkan penyahaktifan berperingkat akaun milik pengguna bawah umur pada platform berisiko tinggi.
Menzahirkan penghargaannya, Meutya berkata TikTok telah menunjukkan komitmennya dengan menyerahkan surat pematuhan rasmi kepada kerajaan dan melaksanakan langkah-langkah yang digariskan dalam peraturan dan peraturan terbitan.
Beliau berkata TikTok turut mengemas kini dasar platformnya untuk menetapkan umur pengguna minimum 16 tahun, dengan pelarasan lanjut akan dilancarkan secara beransur-ansur.
Menteri berkenaan juga menggalakkan platform digital lain untuk mengikut langkah TikTok dalam melaporkan bilangan akaun milik kanak-kanak bawah 16 tahun yang telah dinyahaktifkan.
Sehingga kini, enam daripada lapan platform dalam fasa awal pelaksanaan PP Tunas telah mengisytiharkan pematuhan iaitu X, Bigolive, Instagram, Facebook, Threads dan TikTok.
Sementara itu, Roblox dan YouTube masih dikategorikan sebagai platform yang tidak mematuhi sepenuhnya peruntukan PP Tunas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#Meutya
#PP Tunas
#Kemkomdigi
#Indonesia AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan