awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timb Ketua Pemuda MIC Hulu Langat parah terkena enam das tembakan

Bernama
Bernama
02/03/2015
22:31 MYT
Timb Ketua Pemuda MIC Hulu Langat parah terkena enam das tembakan
Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di Kajang tengah hari Isnin. -Gambar fail
Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.
Ab Rashid berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik.
Topic Berkaitan
#Kajang
#MIC
#parah
#tembakan
#Timbalan Ketua Pemuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan