awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin

Bernama
Bernama
12/03/2026
03:32 MYT
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin
Pegawai kanan SSM, Khuzairi Yahaya (dua, kanan) mengaku tidak bersalah menerima wang RM50,000 tanpa balasan daripada anak bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Foto Bernama
Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang RM50,000 tanpa balasan daripada anak bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapan tahun lepas.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), (Pendaftaran & Perkhidmatan Perniagaan) SSM, Khuzairi Yahaya, 55, didakwa menerima untuk dirinya suatu benda berharga dengan tiada balasan iaitu wang tunai RM50,000 daripada Muhammad Faisal Hamzah sedangkan tertuduh mengetahui Muhammad Faisal mempunyai hubungan dengan urusan rasminya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SSM@Sentral di sini, pada Mei 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
"Saya mohon mahkamah mempertimbangkan faktor kemungkinan tertuduh melarikan diri serta jumlah jaminan RM15,000 adalah munasabah memandangkan kesalahan ini adalah serius. Oleh itu, wajar syarat tambahan ini dibenarkan," kata Mohd Fadhly.
Peguam Muhamad Aizat Fakri yang mewakili tertuduh tidak membantah jaminan serta syarat tambahan tersebut.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 20 April depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#SSM
#terima wang
#tanpa balasan
#anak Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan