awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah maut dalam kemalangan

Bernama
Bernama
23/01/2022
02:26 MYT
Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah maut dalam kemalangan
Keadaan kereta mangsa yang terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur. - Foto JBPM
IPOH: Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah D.Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Km53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa (Sivabalan) yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.
"Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Pemandu maut, kereta terbabas, terbalik di Tapah
Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#MIC
#D Sivabalan
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan