awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Pengarah SPRM dipanggil beri keterangan isu 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2015
08:55 MYT
Timbalan Pengarah SPRM dipanggil beri keterangan isu 1MDB
Setakat ini sudah tujuh pegawai SPRM dipanggil polis bagi memberi keterangan berkaitan isu 1MDB.
Polis telah memanggil Timbalan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Tan Kang Sai bagi membantu siasatan mengenai dakwaan kebocoran maklumat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob mengesahkan keterangan akan diambil daripada Kang Sai pada jam 3 petang pada Rabu.
“Dia akan diambil keterangan pada hari ini,” katanya, seperti yang dilaporkan media tempatan.
Kang Sai merupakan pegawai SPRM ketujuh yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas dua pegawai dari Bahagian Operasi Khas telah diminta berbuat demikian semalam.
Pada Isnin, Tuan Roslan Tuan Mat telah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan perkara itu.
Tuan Roslan mengikut jejak Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohd Zin dan Ketua Bahagian Forensik Datuk IG Chandran, yang turut disoal siasat sebelumnya oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Terdahulu pada Sabtu, pihak polis telah memeriksa kediaman dan pejabat Timbalan Pendakwaraya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi. Beberapa dokumen berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikat SRC International Sdn Bhd turut dirampas selain komputer riba.
Seorang pegawai penguatkuasa kanan SPRM juga telah membuat laporan polis di Putrajaya bagi menafikan penglibatan SPRM dalam pembocoran maklumat berkaitan siasatan 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#bocor maklumat
#Bukit Aman
#siasatan
#SPRM
#Tan Kang Sai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan