awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbangan kurang, syarikat pembungkus minyak peket di Melaka berdepan tindakan

Bernama
Bernama
15/07/2022
07:24 MYT
Timbangan kurang, syarikat pembungkus minyak peket di Melaka berdepan tindakan
Ngwe Hee Sem (kanan) bersama Norena Jaafar meninjau proses pembungkusan semula minyak masak paket bersubsidi ketika melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi di Batu Berendam hari ini. - Bernama
MELAKA: Natijah tidak menimbang minyak masak peket bersubsidi dengan betul, sebuah syarikat pembungkus minyak masak di Melaka berdepan tindakan undang-undang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar berkata dalam pemeriksaan pemutihan dijalankan kira-kira 3 petang semalam, minyak masak peket dikeluarkan syarikat itu dibungkus dalam kuantiti kurang daripada satu kilogram seperti ditetapkan pada plastik pembungkus sekali gus memberi gambaran palsu ke atas barangan dikeluarkan.
Katanya sebagai tindakan, sebanyak 850 peket minyak bersubsidi di premis tersebut disita untuk siasatan di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dibaca bersama Seksyen 6(1)(b) akta sama.
"Dalam operasi itu, kita melakukan pemeriksaan secara rambang ke atas minyak masak yang dibungkus semula dan mendapati 50 kotak mengandungi 17 peket minyak masak dibungkus kurang daripada satu kilogram setiap satu.
"Berdasarkan pemeriksaan itu, setiap peket kurang 20 hingga 80 gram. Walaupun jumlah itu dilihat kecil tetapi ia adalah satu kesalahan kerana melibatkan subsidi yang diseleweng," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di syarikat pembungkusan minyak di Batu Berendam di sini hari ini.
Pemeriksaan berkenaan turut disertai Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.
Norena berkata wakil syarikat pembungkus berkenaan memberi alasan alat penimbang yang digunakan rosak sehingga menyebabkan berlaku timbangan tidak tepat.
Beliau berkata jika sabit kesalahan, syarikat berkenaan berdepan hukuman denda sehingga RM250,000 bagi kesalahan pertama manakala RM500,000 bagi kesalahan kedua.
Dalam perkembangan lain, semua 12 syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi di Melaka diingatkan memberi fokus pada pasaran tempatan sebelum memasarkannya ke pasar raya atau kedai runcit di luar Melaka.
Beliau berkata pembungkus yang didapati mengalirkan bekalan ke luar Melaka akan dikenakan tindakan dan pada hujung tahun lepas, pihaknya telah menarik kuota sebuah syarikat pembungkus atas kesalahan sama di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya sedang melaksanakan kawalan dalaman ke atas minyak masak peket di semua rangkaian pasar raya dan kedai runcit di sekitar negeri dengan mengehadkan pembelian kepada tiga peket bagi setiap pelanggan selain minyak peket itu hanya dapat dibeli di kaunter pasar raya sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak peket
#minyak masak
#timbangan
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan