awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan kepada ibu bapa merayau lepas hantar anak ke asrama - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2021
11:06 MYT
Tindakan kepada ibu bapa merayau lepas hantar anak ke asrama - Ismail Sabri
Ismail berkata, polis akan mengenal pasti kesalahan itu dari tarikh surat kemasukan anak mereka ke asrama. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang merayau selepas menghantar anak ke sekolah asrama di daerah atau negeri lain boleh dikenakan tindakan.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis akan mengenal pasti kesalahan itu dari tarikh surat kemasukan anak mereka ke asrama.
"Kalau ditahan oleh pihak polis, mereka perlu bertanggungjawab dengan tindakan mereka, untuk membawa anak lebih dari satu orang memang kita sudah benarkan, dari segi pergerakan tidak lagi dua orang tetapi mengikut kapasiti kenderaan.
"Tetapi kalau mereka pergi katakan dalam surat tersebut katakan 10 haribulan, tentu sahaja paling lewat mereka balik 11 atau 12, kalau masih lagi sampai 13 atau 14, 15, tentu sahaja mereka bercuti.
"Jadi kalau ditahan oleh polis dan surat tersebut menunjukkan mereka tidak perlu lama berada di satu tempat itu, saya yakin mereka akan diambil tindakan oleh pihak polis," katanya semasa sidang media pada Selasa.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 09 Mac 2021
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan, ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama hanya perlu mengemukakan surat yang dikeluarkan oleh sekolah kepada anggota polis, ketika melalui sekatan jalan raya, bagi merentas daerah.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Teknikal yang bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada ibu bapa untuk berbuat demikian selain tidak perlu lagi memohon surat kebenaran daripada polis.
Dalam pada itu kata Ismail, sehingga pukul 5 petang, 9 Mac 2021 seramai 6,547 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk Fasa 1A.
Sementara untuk Fasa 1B, 36,029 warga pertahanan lain akan diberikan suntikan di 58 pusat vaksin ATM di seluruh negara yang akan berakhir pada 30 April sebelum 42,120 orang lagi akan mendapat suntikan.
Topic Berkaitan
#ATM
#vaksin
#sekolah
#kerajaan
#asrama
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#hantar anak ke asrama
#langgar SOP
#ibu bapa merayau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan