awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tindakan tak masuk akal sumbat tilam dalam mesin pengering'

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2023
22:45 MYT
'Tindakan tak masuk akal sumbat tilam dalam mesin pengering'
Tindak tanduk dua individu yang cuba memasukkan tilam ke dalam mesin pengering. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tindakan dua individu yang memasukkan tilam bersaiz bujang ke dalam mesin pengering di premis dobi layan diri menerima kecaman kerana disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Berdasarkan video tular berdurasi 25 saat yang dimuat naik pengguna di Aplikasi X, lelaki dan wanita itu dilihat menggulung tilam dan memasukkan ke mesin pengering meskipun menyedari mesin itu tidak dapat memuatkannya.
Dalam paparan video berkenaan juga kelihatan satu lagi tilam bersaiz sama sudah berada dalam mesin pengering di bahagian bawah turut dilihat terkeluar dipercayai 'hasil' perbuatan individu sama.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.
Video berkenaan mengundang perhatian dan kritikan daripada warganet kerana tindakan dua individu itu boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian kepada pemilik kedai.
“Di luar kotak pemikiran mereka. Tidak tercapai dek akal,” kata @inanijaafar.
“Bukan di setiap kedai dobi ada peringatan ‘jangan masuk tilam, kasut dan karpet,” kata @ImnAdrn.
“Ini seperti teka teki, macam mana nak masukkan gajah dalam peti sejuk?,” soal @fawauzaya.
“Mujur tidak muat... Kalau tak bayangkan kerugian yang dihadapi pemilik kedai,” katanya @YldafAzlee.
Antara barangan tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh atau pengering ialah tilam, kasut, pemetik, mancis api, karpet, barang berminyak atau bahan api dan alkohol. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#mesin pengering
#tilam
#dobi layan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan