awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Majlis Raja-Raja dinilai baik oleh pentadbiran kerajaan - Zahid

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
08/10/2015
09:47 MYT
Titah Majlis Raja-Raja dinilai baik oleh pentadbiran kerajaan - Zahid
ZAHID: Pihak kerajaan juga katanya sentiasa mengambil berat dan menghormati titah-titah Majlis Raja-Raja. - Gambar Fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan segala titah Majlis Raja-Raja terutama berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dinilai baik oleh pihak kerajaan.
Dalam satu kenyataan media, Ahmad Zahid berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah proaktif dan sedang dalam proses menjayakan pelan pengurangan hutang syarikat tersebut.
"Justeru, segala siasatan kepada mana-mana pihak sekalipun harus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku," kata Ahmad Zahid.
Tambahnya, beliau berharap kesempatan dan ruang secukupnya diberikan kepada pihak berwajib menyelesaikan semua permasalahan dengan sebaik mungkin.
"Pihak kerajaan akan membentangkan dalam masa terdekat segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset tersebut," ujar Zahid.
Pihak kerajaan juga katanya sentiasa mengambil berat dan menghormati titah-titah Majlis Raja-Raja.
"Diharap tidak ada pihak yang menangguk di air yang keruh dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah pihak kerajaan tidak buat sebarang usaha untuk mendepani semua isu yang dipolemikkan," katanya.
BACA: Jika seruan Majlis Raja-Raja diingkari, rakyat juga yang terima padah - Chandra
BACA: 'Raja-raja Melayu prihatin isu 1MDB' - Muhyiddin
BACA: Kit Siang gesa Parlimen peruntukkan dua hari bahas kenyataan Majlis Raja-Raja
Beliau mengulas kenyataan Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada Selasa.
Antara lain, Majlis Raja-Raja menggesa kerajaan menyelesaikan siasatan isu 1MDB secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terbabit.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ahmad Zahid Hamidi
#Majlis Raja-Raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan