awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titi roboh di Pulau Gaya, penduduk jatuh ke laut ketika beraya

Bernama
Bernama
22/03/2026
08:51 MYT
Titi roboh di Pulau Gaya, penduduk jatuh ke laut ketika beraya
Penduduk jatuh laut selepas jambatan yang dilalui roboh di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Kota Kinabalu. - Tangkap layar video tular
Titi kayu di sebuah perkampungan atas air di Pulau Gaya, dekat sini roboh, semalam menyebabkan beberapa penduduk yang sedang melakukan ziarah Aidilfitri di kampung itu terjatuh ke dalam laut.
Bagaimanapun insiden melibatkan kemudahan titi yang dipanggil jambatan di Kampung Selamat, Lok Urai itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan ketika orang ramai meraikan hari pertama Syawal.
"Ketika rakan-rakan kita sedang bergembira meraikan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa, sebuah ‘jambatan’ di Kampung Selamat, Lok Urai, Pulau Gaya dilaporkan roboh sehingga mengakibatkan beberapa penduduk terjatuh ke dalam laut.
"Amat memilukan apabila kejadian ini menimpa mereka yang sedang berbaju baharu dan bersiap menyambut hari kemenangan, namun terpaksa berdepan dengan dugaan yang tidak dijangka," menurut kenyataan itu.
Pejabat ADUN Tanjung Aru memaklumkan pihaknya memohon agar kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan, khususnya dalam memastikan penyelenggaraan serta pemantauan berkala ke atas kemudahan awam seperti jambatan, terutama yang telah usang dan berisiko.
"Keadaan ini bukan sahaja mengancam keselamatan, malah boleh mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai. Kami berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Roboh
#Pulau Gaya
#Aidilfitri
#pejabat ADUN Tanjung Aru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan