awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang

Bernama
Bernama
21/08/2017
07:01 MYT
TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang
Ahmad Kamarulzaman berkata KD Handalan telah menerima panggilan kecemasan daripada kapal USS John McCain (gambar) awal pagi ini mengenai kemalangan berkenaan. - REUTERS / Fail
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat itu terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang di timur perairan Johor awal hari ini.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata susulan kejadian itu TLDM bersama beberapa agensi keselamatan lain dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kelasi USS John S. McCain yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.
Beliau berkata aset TLDM yang terlibat dalam SAR adalah Kapal Diraja (KD) Handalan, KD Gempita, KD Lekiu, CB90 dan sebuah helikopter Super Lynx. Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia turut terlibat .
Ahmad Kamarulzaman berkata KD Handalan telah menerima panggilan kecemasan daripada kapal USS John McCain awal pagi ini mengenai kemalangan berkenaan.
"Kapal USS yang mengalami kerosakan itu sedang dalam perjalanan menuju ke pelabuhan Singapura.
"Kita doakan semoga 10 anak kapal itu ditemui dengan selamat," katanya kepada Bernama.
Beliau juga memohon nelayan di perairan Johor dan Pahang yang berada di laut untuk membantu TLDM dan APMM dalam operasi berkenaan.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam laman Twitternya berkata beliau telah mengarahkan Panglima TLDM untuk menghulurkan bantuan SAR dan berdoa agar mangsa yang dihilang ditemui dengan selamat.
"Saya telah arahkan @mykamarul @tldm_rasmi untuk menghulurkan bantuan sepenuhnya. Saya berdoa agar mereka yang hilang ditemui selamat. @USNavy," katanya.
I have instructed @mykamarul @tldm_rasmi to render full assistance. I pray that all missing will be found safe. @USNavy https://t.co/A4dBzqaADf
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) August 21, 2017
Menurut laman web Commander, US 7th Fleet, kapal pemusnah peluru berpandu itu (DDG 56) terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang Alnic MC semasa dalam perjalanan ke timur Selat Melaka dan Singapura hari ini.
"Pelanggaran itu dilaporkan pada 6:24pagi zon waktu standard Jepun, manakala kapal itu dalam perjalanan untuk lawatan rutin pelabuhan di Singapura," menurut laman web itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
#Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
#Amerika Syarikat
#APMM
#hilang
#Hishammuddin Hussein
#kapal
#KD Handalan
#nelayan
#pemusnah
#TLDM
#USS John S McCain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan