awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM terima kapal LMS ketiga hari ini

Bernama
Bernama
14/09/2021
12:32 MYT
TLDM terima kapal LMS ketiga hari ini
TLDM menerima kapal misi pesisir ketiga dalam satu upacara ringkas di Hotel Antarabangsa Baiyue, Qidong, China hari ini. - Gambar/ Facebook TLDM
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima kapal misi pesisir (LMS) ketiga dalam satu upacara ringkas di Hotel Antarabangsa Baiyue, Qidong, China hari ini selepas kira-kira dua tahun pembinaannya.
TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kapal berkenaan berjaya menjalani ujian semasa fasa pelabuhan dan di laut.
"Upacara berkenaan telah disempurnakan oleh Penasihat Pertahanan di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China Laksamana Pertama Zahid Abd Aziz mewakili Kerajaan Malaysia bagi menandatangani Sijil Penyerahan Fizikal.
"LMS ketiga itu dibina pada 18 Sept 2019 dan telah dilancarkan ke permukaan air di Wuhan pada 28 Okt 2020 oleh Pasukan Projek LMS TLDM," menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa Penerimaan Akhir LMS ketiga dianggotai tiga wakil kerajaan telah melaksanakan pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan mengikuti pelayaran demonstrasi keupayaan kapal.
Ia adalah projek perolehan aset pertahanan kapital yang pertama dari China dan LMS keempat dijadual diserahkan pada Disember ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TLDM
#LMS
#China
#kapal misi pesisir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan