awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMIYC Pasir Gudang simbol komitmen Kerajaan Johor martabat golongan belia

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2025
14:55 MYT
TMIYC Pasir Gudang simbol komitmen Kerajaan Johor martabat golongan belia
Perasmiannya disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada Sabtu sebagai salah satu simbol komitmen kerajaan negeri membangunkan bakat golongan belia di Johor. - Foto FB TMJ
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang kini menjadi fasiliti ketiga di Johor selepas kemudahan sama diwujudkan di Johor Bahru dan Muar.
Perasmiannya disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada Sabtu sebagai salah satu simbol komitmen kerajaan negeri membangunkan bakat golongan belia di Johor.
“TMIYC di Pasir Gudang ini merupakan yang ketiga selepas Hutan Bandar, Johor Bahru dan Muar.
“la selaras dengan idea dan visi Pemangku Sultan Johor untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah Youth Centre di setiap daerah di Johor,” titah Tunku Ismail menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Md Shah.
Media melaporkan, dengan kos pembinaan mencecah RM33.72 juta, TMIYC Pasir Gudang yang dibangunkan di kawasan seluas 12 ekar itu merangkumi dua zon utama.
Ia dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan utama, amfiteater, gelanggang padel, dinding panjat, padang memanah, taman karavan, kawasan trak makanan serta pelbagai ruang aktiviti untuk menggalakkan gaya hidup sihat.
Bagi memastikan pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti berjalan lancar, Kerajaan Johor turut menubuhkan TMIYC Activation Taskforce.
Pasukan ini bertanggungjawab menyelaras operasi termasuk strategi media, penglibatan komuniti dan pembangunan polisi pentadbiran pusat belia.
Topic Berkaitan
#TMIYC
#Johor
#tunku mahkota ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan