awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokan dadah agresif cuba lolos dari serbuan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/05/2020
08:50 MYT
Tokan dadah agresif cuba lolos dari serbuan
Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki berusia 32 tahun itu mendapati suspek positif dadah jenis morfin. - Gambar PDRM
Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan sewaktu sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Kampung Mata Ayer dekat Langkawi, awal pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, lelaki berusia 32 tahun itu bagaimanapun, bertindak agresif untuk melarikan diri ketika anggotanya cuba menahannya.

Katanya, tangkapan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ketika melakukan rondaan cegah jenayah dan ternampak kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan.

Jelas Mohd Iqbal, hasil pemeriksaan menemui sembilan paket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 46.20 gram.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Semakan rekod mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah dan mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali Man.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Topic Berkaitan
#Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
#Dadah
#heroin
#Kampung Mata Ayer
#Langkawi
#mencurigakan
#morfin
#plastik lutsinar
#rondaan
#sembilan paket
#suspek
#tokan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan