awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tongkang karam: Masuk cara sah, balik jalan haram

Marlina Manaf
Marlina Manaf
18/06/2014
10:39 MYT
Tongkang karam: Masuk cara sah, balik jalan haram
Tongkang karam: Mangsa masuk secara sah
Majoriti mangsa yang terselamat dalam kejadian tongkang karam di Banting, memasuki negara ini dengan dokumen sah. Namun demikian, mereka memilih untuk pulang ke negara asal dengan cara tidak sah setelah tinggal melebihi tempoh pas lawatan sosial yang diterima.
Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno memaklumkan, mereka menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di Malaysia, namun tinggal lebih tempoh antara sepuluh ke dua belas bulan.
"Ini mendorong mereka keluar mengggunakan jalan haram, kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa," jelas Herman.
Herman memberitahu, mangsa membayar sekitar RM600 ke RM1200 seorang untuk menaiki tongkang tersebut.
Jelas beliau, kesemua mangsa yang ditemui di Balai Polis Teloi Panglima Garang berada dalam keadaan baik, tetapi trauma.
"Mereka diselamatkan oleh nelayan yang berada di sekitar kawasan tongkang itu karam, kata Herman.
Beliau kesal kerana warga Indonesia sanggup bergadai nyawa menggunakan laluan haram untuk pulang ke tanahair mereka.
Sedangkan pihak kedutaan sudah menyediakan kemudahan dan sedia membantu mereka pulang mengikut saluran yang betul sekiranya tinggal lebih tempoh.
Kos yang perlu dibayar pula hanya sekitar RM1600, termasuk tiket penerbangan ke lokasi masing-masing.
Herman menjelaskan pihak kedutaan juga sudah melantik agensi khas, Iman, yang akan dilancarkan 24 Jun ini, bagi urusan membawa pulang warga Indonesia.
Agensi tersebut, satu-satunya agensi yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk operasi terbabit.
Sementara itu, pihak kedutaan akan menguruskan penghantaran pulang mangsa yang selamat, selepas selesai urusan dengan pihak berkuasa Malaysia.
Topic Berkaitan
#Banting
#Herman Prayitino
#Indonesia
#tongkang karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan