awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes ke Palembang untuk iringi jasad Khairunisa

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2015
10:36 MYT
Tony Fernandes ke Palembang untuk iringi jasad Khairunisa
Jasad Khairunisa ditemui lengkap berpakaian seragam pramugari AirAsia bersama tag nama. - Gambar Instagram Khairunisa
Mayat Khairunisa Haidar, pramugari berusia 22 tahun yang berada dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 ketika ia terhempas, akan diterbangkan ke kampung halamannya di Palembang pada hari ini.
Mayatnya diserahkan kepada keluarganya selepas selesai proses identifikasi melalui pengesanan cap jari dan rekod pergigian, lapor portal berita Indonesia Republika Online.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau telah pergi ke Surabaya untuk terbang ke Palembang untuk mengiringi jasad Khairunisa.
I'm arriving in Surabaya to take Nisa home to Palembang. I cannot describe how I feel. There are no words.
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) January 2, 2015
Jasad Khairunisa sebelum ini dilaporkan ditemui lengkap berpakaian seragam pramugari penerbangan tersebut bersama tag nama.
Semalam, jenazah Hayati Lutfiah Hamid telah dikenal pasti sebagai mangsa pertama oleh pasukan forensik identifikasi mangsa nahas (DVI) dan telah selamat dikebumikan pada Khamis.
Pesawat QZ8501 jenis Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Juanda di Surabaya pada 5.35 pagi 28 Dis 2014 dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.
Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Jakarta pada 7.24 pagi.
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).
Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.
Topic Berkaitan
#Jasad
#Khairunisa Haidar
#mangsa
#Surabaya
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan