awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat

Amanz
Amanz
14/03/2025
01:00 MYT
Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Parkir LPR menggunakan sokongan pengecaman nombor plat, membolehkan anda kekal memandu tanpa perlu membuka tingkap kenderaan. - Foto Amanz
TOUCH n Go eWallet kini menambah satu lagi ciri baru memfokuskan pemandu kereta, iaitu “Parkir LPR”.
Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
Parkir LPR menggunakan sokongan pengecaman nombor plat. Ini sekali gus membolehkan anda kekal memandu tanpa perlu membuka tingkap kenderaan.
Selain itu, ia juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu melakukan pembayaran manual di kaunter tiket, mahupun menyentuh kad pada terminal.
Foto Amanz
Foto Amanz
Buat masa ini, lokasi yang menyokongnya masih terhad, namun dijangka ditambah secara berperingkat dari masa ke semasa.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet, anda boleh ke menu Parkir LPR, seterusnya menambah nombor plat kenderaan, serta mengaktifkan ciri berkenaan melaluinya.
Pembayaran parkir akan menggunakan baki wang pada dompet digital Touch n Go eWallet.
Foto Amanz
Foto Amanz
Selain TNG eWallet, pihak Setel turut menawarkan ciri lebih kurang sama melalui aplikasi mereka.
Topic Berkaitan
#Parkir LPR
#touch n go ewallet
#TnG eWallet
#parkir
#dompet digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan