awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism malaysia lipat ganda usaha pikat pelancong India

Bernama
Bernama
20/08/2022
20:40 MYT
Tourism malaysia lipat ganda usaha pikat pelancong India
Ketibaan pelancong dari India ke Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh empat bulan. - Gambar fail
NEW DELHI: Ketibaan pelancong dari India ke Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh empat bulan.
Justeru itu, Tourism Malaysia melipatgandakan usaha untuk terus melibatkan diri dengan pengendali pelancongan India.
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar mengetuai kempen promosi di bandar seperti Visakhapatnam, Kolkata, Kochi dan Tiruchirappalli dari 17 hingga 24 Ogos.
"Penerbangan antarabangsa dari India yang disambung semula bertepatan dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia. Kami sangat teruja untuk menyambut kedatangan pelancong India," kata Santhara.
Ini ialah promosi pelancongan kedua Tourism Malaysia di India sejak April, melibatkan 16 ejen pelancongan, dua pengusaha hotel, satu agensi pelancongan negeri dan sebuah syarikat penerbangan.
Dalam tempoh empat bulan lalu terdapat 76 penerbangan antara Malaysia dan India setiap minggu berbanding kira-kira 200 sebelum pandemik.
Beliau berkata pada masa ini sebanyak 132 penerbangan tersedia setiap minggu bagi laluan India-Malaysia.
Pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin di Malaysia dan menjalani ujian saringan semasa berlepas dan ketibaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Malaysia
#pelancong
#India
#pelancongan
#MOTAC
#Edmund Santhara Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan