awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia rai ketibaan 1,500 pelawat di KKIA dengan sambutan Aidilfitri

Astro AWANI
Astro AWANI
23/03/2026
09:03 MYT
Tourism Malaysia rai ketibaan 1,500 pelawat di KKIA dengan sambutan Aidilfitri
Penganjuran aktiviti perayaan di lapangan terbang merupakan antara strategi berterusan Tourism Malaysia di bawah Kempen VM2026. - Foto BERNAMA
Tourism Malaysia meraikan 1,500 pelawat dalam dan luar negara yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Isnin dengan sambutan Aidilfitri bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sabah Chong Wai Kit berkata pelbagai juadah tradisi hari raya disajikan kepada penumpang di Balai Ketibaan KKIA selain turut memberikan mereka cenderamata perayaan sebagai cerminan warisan budaya negara dan hospitaliti mesra rakyat Malaysia.
"Suasana sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan Melayu bertemakan Aidilfitri, termasuk kemunculan maskot TMM2026, Wira dan Manja. Menambahkan lagi kemeriahan ialah acara simbolik mengisi beras dan merebus ketupat, yang merupakan tradisi istimewa sempena hari raya.
“Sambutan bermula dari 12 tengah hari hingga 4 petang dengan menyambut penumpang antarabangsa dan domestik dari Singapura, Seoul, Kuala Lumpur, Kuching, Tawau dan Sandakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkenaan di sini pada Isnin.
Beliau berkata acara sama turut diadakan di lapan lapangan terbang utama di seluruh negara termasuk di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak dan Sarawak.
Chong berkata program berkenaan direalisasikan dengan kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk agensi di bawah MOTAC, syarikat penerbangan, persatuan industri pelancongan serta pihak korporat seperti Malaysia Airports dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB).
"Kerjasama ini mencerminkan sokongan padu semua pihak terhadap promosi industri pelancongan negara dalam meningkatkan pengalaman pelawat sempena VM2026.
Penganjuran aktiviti perayaan di lapangan terbang merupakan antara strategi berterusan Tourism Malaysia di bawah Kempen VM2026 bagi memberikan pengalaman ketibaan yang bermakna, mengukuhkan penjenamaan destinasi serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi berbudaya, selamat dan mesra pelawat.
"Inisiatif di pintu masuk antarabangsa ini juga membantu meninggalkan kesan positif kepada pelawat dan menggalakkan kunjungan berulang,” katanya.
Beliau berkata dengan penganjuran sambutan ini, Tourism Malaysia terus memperkukuh profil pelancongan negara di peringkat global, sambil meraikan kepelbagaian budaya Malaysia selaras dengan objektif VM2026 serta menyokong pembangunan mampan sektor pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Malaysia
#KKIA
#pelancong
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan