awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota Altis perkenal varian baru

Astro Publication
Astro Publication
21/10/2014
03:28 MYT
Toyota Altis perkenal varian baru
UMW Toyota sudah mengumumkan varian terbaru Toyota Altis 1.8G. Ia ‘menggantikan’ varian 2.0G yang sudah tiada di dalam senarai UMWT. Sekaligus, ini menjadikan model Altis diwakili oleh hanya 1 varian yang menggunakan enjin 3ZR-FE 2 liter, dan dua dengan enjin 2ZR-FE 1.8 liter.
Tiada maklumat yang diberikan mengenai perbezaan fizikal kereta 1.8G terbaru, jadi selamat untuk dikatakan tindakan ini lebih kepada konsolidasi dan susun semula model yang cukup popular ini. Harganya adalah RM116,576.20 (atas jalan, tanpa insurans, semenanjung).
Ini meletakkannya, secara kasar, RM3,896 lebih mahal daripada varian 1.8E, dan RM15,725 lebih murah daripada varian 2.0V.
Untuk menambah, mengikut senarai spesifikasi yang dapat dilihat di laman web UMW Toyota, unit 1.8G yang baru ini datang dengan sistem audio yang lebih baik daripada 1.8E, dan serupa dengan 2.0V. Ini termasuk pemain DVD 2-DIN dengan skrin sentuh 7 inci, sambungan telefon pintar, pengenalan suara dan kamera undur. Kerusinya juga dibaluti kulit, bukan fabrik seperti di dalam jenis 1.8E.
Topic Berkaitan
# 1.8G
# Toyota
#UMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan