awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine, Rusia saling tuduh langgar gencatan senjata Easter
EPL: Senario penentuan juara Arsenal, City
Hamzah lepas jawatan ketua pembangkang demi kebaikan PN - Takiyuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota kekal sebagai jenama automotif paling bernilai, kata Interbrand

Astro Publication
Astro Publication
22/10/2015
06:46 MYT
Toyota kekal sebagai jenama automotif paling bernilai, kata Interbrand
Syarikat perunding penjenamaan ternama, Interbrand, baru-baru ini mengeluarkan senarai anak tangga 100 Jenama Global Terbaik bagi tahun 2015. Untuk skop syarikat-syarikat pengeluar kereta, Toyota masih lagi kekal sebagai jenama yang paling kuat dan menduduki kedudukan ke-6 secara keseluruhan, berbanding tempat ke-8 pada tahun 2014. Dari segi nilai, ia meningkat dari $42.4b kepada $49b. BMW dianggap sebagai jenama automotif kedua paling bernilai pada tempat ke-11 secara keseluruhan, tidak berubah dari tahun lepas dengan nilai $37.2b. Sekaligus, BMW telah memintas Mercedes yang telah jatuh ke tempat ke-12. Syarikat tersebut diberikan nilai jenama sebanyak $36.7b.
Honda naik ke tempat ke-19 dengan nilai hampir $23b. Ini menjadikannya tahun ke-2 berturut-turut di mana ia berada dihadapan Volkswagen yang dinilaikan pada $13.7b.
Nissan pula kekal sepertimana tahun 2014 dengan lonjakan paling maju; sekarang di tempat 49 (dari 56 pada tahun lepas) dengan penilaian berjumlah $9b.
MINI pula buat pertama kali muncul di dalam senarai ini di tempat ke-98. Ia dinilaikan pada $4.2b. Selain daripada yang sudah disebut di atas, senarai ini ini turut menampilkan jenama-jenama pengeluar kenderaan 2- dan 4-tayar. Ini termasuk Ford (tempat ke-38), Hyundai (39), Audi (44), Porsche (56), Kia (74), Harley-Davidson (79), Chevrolet (85) dan Land Rover (87).
Terdapat tiga komponen penting yang Interbrand gunakan untuk membuat senarai anak tangga Jenama Global Terbaik ini, iaitu analisis kewangan, kekuatan jenama, dan kesan jenama itu kepada pengguna ketika membuat pembelian.
Topic Berkaitan
#
# Toyota
#Interbrand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan