awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota, Lexus naik harga antara 4% hingga 11% bermula 2016

Astro Publication
Astro Publication
08/10/2015
09:08 MYT
Toyota, Lexus naik harga antara 4% hingga 11% bermula 2016
Penurunan nilai Ringgit berbanding matawang utama lain di dunia, terutamanya dolar Amerika, telah menyebabkan UMW Toyota terpaksa menaikkan harga produk-produk mereka sebanyak 4% hingga 11%. Kenaikan ini turut melibatkan Lexus. Ia akan berkuat-kuasa pada Januari 2016.
Kenaikan ini dilakukan setelah UMW Toyota terpaksa menanggung kesan terus daripada kejatuhan nilai Ringgit sehingga 20% berbanding dolar Amerika. “Ini telah memberi kesan kepada perniagaan kerana ada komponen dan alat ganti yang diimport. Ini meningkatkan kos pengeluaran kami,” kata Datuk Ismet Suki, presiden UMW Toyota Motor. Beliau menambah yang pihak syarikat sudah sebaik mungkin cuba untuk meminimakan pertambahan harga; dan walaupun begitu, pertambahan tersebut tidak mencerminkan keadaan sebenar. Hanya sebahagian daripada kenaikan kos akibat keadaan nilai Ringgit jatuh telah dipindahkan kepada harga kereta. Yang selebihnya diserap oleh syarikat.
Datuk Ismet menambah bahawa dipercayai pertambahan 4% hingga 11% untuk kenderaan Toyota dan Lexus ini tidak akan memberi kesan yang besar kepada jualan, dan UMW Toyota masih lagi dapat mencapai sasaran mereka.
Yang kurang enaknya, struktur harga UMW Toyota mungkin akan diubah lagi selepas Januari 2016 nanti jika nilai Ringgit masih lagi jatuh.
Topic Berkaitan
#
# Lexus
# UMWT
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan