awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan kerja ke China

Bernama
Bernama
08/09/2024
06:40 MYT
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan kerja ke China
Ahmad Zahid akan melakukan lawatan kerja lima hari ke China dari 8 hingga 12 September, bertujuan meningkatkan lagi hubungan Malaysia-China sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja lima hari ke China dari 8 hingga 12 September, bertujuan meningkatkan lagi hubungan Malaysia-China sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja lima hari ke China dari 8 hingga 12 September untuk meningkatkan hubungan Malaysia-China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
  • Ahmad Zahid akan menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024, Forum Perniagaan Halal Malaysia-China, dan mengadakan perbincangan dengan Penasihat Negara dan Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong.
  • China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut. Pada tahun 2023, jumlah perdagangan bernilai RM450.84 bilion, dan pada separuh pertama 2024, jumlah perdagangan mencatatkan RM234.09 bilion.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan semasa lawatan itu Ahmad Zahid akan menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024 dan Forum Perniagaan Halal Malaysia-China, serta mengadakan perbincangan dengan Penasihat Negara dan Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong.
"Lawatan ini akan menambahkan lagi momentum kepada hubungan dua hala yang kukuh di antara Malaysia dan China sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini.
"Hubungan dua hala telah kian berkembang sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) pada 2013," menurut kenyataan itu.
Atas jemputan bersama Tsang Wai-Hung, Pengerusi GPSCFL dan Chen Zinmin Presiden Persatuan Persahabatan China, Ahmad Zahid akan menghadiri Persidangan GPSCFL 2024 di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu bermula dari 8 hingga 9 September.
Persidangan bertemakan "Win-win Cooperation Under Significant Changes: Building A Global Community of Common Public Security" akan menyaksikan pemimpin antarabangsa berkumpul untuk menangani masalah keselamatan awam. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga akan mengambil bahagian dalam persidangan itu.
Sementara itu, Kementerian Luar berkata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut dijadual mengadakan perbincangan dengan Wang Xiaohong mengenai perkara yang mempunyai kepentingan bersama kedua-dua negara.
"Mereka juga dijangka bertukar pandangan berhubung isu serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Ahmad Zahid akan menghadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di Shanghai yang dianjurkan oleh Halal Development Corporation (HDC) serta akan dihadiri oleh pemain industri halal dari Malaysia dan China pada 10 September.
Untuk 15 tahun berturut-turut sejak 2009, China merupakan rakan perdagangan global Malaysia yang terbesar pada tahun 2023, jumlah perdagangan dengan Malaysia bernilai RM450.84 bilion (US$98.80 bilion), menyumbang kepada 17.1 peratus perdagangan global Malaysia.
Separuh pertama 2024 telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM234.09 bilion (US$49.53 bilion).
Pada suku pertama 2024, sejumlah 24 projek pembuatan telah diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.4 bilion (US$717.7 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#China
#lawatan kerja
#Kementerian Luar
#GPSCFL
#Forum Perniagaan Halal Malaysia-China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan