awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM: Tindakan persenda Islam, jangan sampai cetus ketegangan

Bernama
Bernama
31/07/2013
03:57 MYT
TPM: Tindakan persenda Islam, jangan sampai cetus ketegangan
Tindakan segelintir pihak yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam akhir-akhir ini diharap tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perbuatan itu, kata timbalan perdana menteri, tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara yang ketika ini aman dan tenteram.
"Ini menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian yang mendalam dalam masyarakat. Tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.
"Tetapi yang berlaku di sini, bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di sini Selasa.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu cepat mengambil tindakan supaya kejadian ini tidak terus berulang," kata Muhyiddin.
Terdahulu, pada majlis berbuka puasa anjuran Eden Inc.Berhad itu, timbalan perdana menteri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 70 anak yatim.
Hadir sama isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Beliau berharap sumbangan itu akan menceriakan lagi sambutan Hari Raya anak-anak yang kurang bernasib baik.
Topic Berkaitan
#hina
#Islam
#ketegangan
#Muhyiddin Yassin
#sensitiviti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan