awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Wan Azizah terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Britain

Bernama
Bernama
16/11/2018
11:27 MYT
TPM Wan Azizah terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Britain
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Vicki Treadell (kanan) di pejabatnya hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Vicki Treadell di sini.
Dalam pertemuan kira-kira sejam di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, Wan Azizah yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Treadell bertukar pandangan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Britain.
Dalam pertemuan kali kedua mereka itu sejak Wan Azizah dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Mei lepas, turut dibincangkan ialah pelbagai isu termasuk usaha mentransformasikan perkhidmatan awam, isu perlindungan dan hak kanak-kanak.
Treadell mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia sejak 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Britain
#kunjungan hormat
#Malaysia
#Pesuruhjaya Tinggi Britain
#Timbalan Perdana Menteri
#Vicki Treadell
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan