awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik lancar di semua lebuh raya utama seluruh negara pagi ini

Bernama
Bernama
21/09/2025
02:30 MYT
Trafik lancar di semua lebuh raya utama seluruh negara pagi ini
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan, trafik bergerak lancar di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik bergerak lancar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.
"Orang ramai berkemungkinan masih belum memulakan perjalanan pulang ke kediaman selepas berakhirnya cuti persekolahan pada hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Klang Timur (EKVE) dari Hulu Langat menuju ke Ampang.
Menurutnya, sebanyak tujuh daripada 30 lorong pintar telah diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS pagi ini bagi memastikan aliran trafik kekal lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#trafik bergerak
#lebuh raya lancar
#cuti sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan