awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Halloween Itaewon: Ismail Sabri ucap takziah kepada Korea Selatan

Bernama
Bernama
31/10/2022
11:46 MYT
Tragedi Halloween Itaewon: Ismail Sabri ucap takziah kepada Korea Selatan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada rakyat Korea Selatan berhubung tragedi rempuhan di satu parti Halloween di Daerah Itaewon , Seoul, Sabtu malam. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada rakyat Korea Selatan berhubung tragedi rempuhan di satu parti Halloween di Daerah Itaewon , Seoul, Sabtu malam.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada rakyat Korea Selatan berikutan tragedi dahsyat di Itaewon, Seoul pada 29 Okt.
"Doa dan simpati kami bersama mangsa dan keluarga mereka," kata beliau menerusi hantaran di akaun Twitternya.
Bagi pihak Kerajaan dan Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Korea Selatan atas insiden rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, Sabtu lalu. Malaysia turut bersedih atas tragedi itu yang mengorbankan 153 mangsa. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya. pic.twitter.com/6rSkcLuP0S
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 31, 2022
Dilaporkan, mangsa korban rempuhan di Seoul meningkat kepada 154, termasuk 26 warga asing.
Tragedi pada Sabtu malam itu berlaku apabila sekumpulan besar peserta parti Halloween bersesak-sesak memenuhi lorong selebar 3.2 meter di daerah hiburan Seoul itu yang mengakibatkan rempuhan maut, dilihat sebagai malapetaka paling buruk dalam sejarah Korea Selatan sejak 2014 apabila feri Sewol tenggelam di perairan selatan dan mengorbankan 304 nyawa kebanyakannya pelajar sekolah menengah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi halloween
#Itaewon
#ismail sabri yaakob
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan