awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Langkawi: 'Mayat mangsa dalam keadaan bersujud' - Saudara

Salim Aziz
Salim Aziz
01/04/2019
06:07 MYT
Tragedi Langkawi: 'Mayat mangsa dalam keadaan bersujud' - Saudara
Mangsa, Mohd Naufal Mohd Nahar (kanan), 6, ditemui rentung bersama ibunya, Nur Suhaila Ahmad, 41 tahun dalam bilik air. - Foto Astro AWANI
Mayat Nur Suhaila Ahmad, mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, di sini ditemui dalam keadaan bersujud di dalam bilik air.
Itu antara yang digambarkan salah seorang saudara mangsa, Mohd Ridzuan Man, 40, yang ditemui di lokasi sebaik sahaja selesai melakukan proses pengecaman mayat tiga beranak terbabit hari ini.
Jelas Ridzuan, mayat Nur Suhaila ditemui bersebelahan mayat anaknya, Mohd Nawfal Mohd Nahar, 6, yang turut rentung manakala mayat satu lagi mangsa yang rentung seluruh badan di ruang tamu masih belum disahkan identitinya, namun dipercayai suaminya.
Sementara itu, dia menyifatkan hubungannya dengan keluarga terbabit sangat rapat terutama dengan Naufal.
Menurutnya, setiap hari Nawfal akan sentiasa berhubung dengannya melalui aplikasi WhatsApp dan digambarkan sebagai seorang yang suka bergurau.
"Sampai ini hendak kenal pasti (identiti mangsa). Minta dekat polis kata hendak masuk tengok. Yang anak kecil itu (Nawfal) pastilah dengan yang perempuan itu (ibunya), yang lelaki itu tidak tahu lagi siapa.
“Yang depan (ruang tamu) tu lelaki itu rentunglah, cuma yang dalam bilik air anak tu masih elok lagi dengan isteri dia. Tak perasanlah, sebab badan ada yang terbakar sikit, cuma dia macam bersujud. Yang anak itu tiap-tiap hari melawak dengan kita," kata Mohd Ridzuan yang juga seorang agen pelancongan.
Sementara seorang lagi saudara mangsa, Mohd Nasir Fazir, 35, berkata kali terakhir dia berjumpa keluarga terbabit dalam satu majlis kenduri di kediaman ibunya beberapa minggu lepas.
Namun kesemua mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda atau perubahan yang drastik ketika ditemui.
Jelasnya, tatkala mendengar berita mengenai kejadian terbabit, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan terkejut.
"Dalam tempoh terdekat ini. Hari itu saya pergi rumah emak saya, Adalah di rumah dia (Nawfal) tu, tidak ada lah ni, tidak bersembang (dengan mereka) cuma nampak sahaja. Perasaan itu tidak tahu nak cakap. Sudah abang saya, kakak ipar, anak saudara, tidak tahu nak cakap apa," kata Mohd Nasir yang juga seorang nelayan.
Pada Isnin, dilaporkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bersama ibu-bapanya maut selepas rentung dalam satu kebakaran selepas rumah milik keluarganya di Perkampungan Nelayan, Bukit Malut, Langkawi musnah terbakar 70 peratus pagi ini.
Mangsa, Mohd Nawfal Mohd Nahar, ditemui rentung bersama ibunya, Nur Suhaila Ahmad, 41 tahun dalam bilik air.
Manakala seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada mangsa ditemui rentung seluruh badan di ruang tamu rumah terbabit.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kebakaran
#keluarga
#Langkawi
#mayat
#mayat bersujud
#Mohd Nawfal Mohd Nahar
#Mohd Ridzuan Man
#pelancongan
#rentung
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan