awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi memancing: Abang lemas, adik masih hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2026
02:34 MYT
 Tragedi memancing: Abang lemas, adik masih hilang
Operasi SAR mencari seorang lagi mangsa diteruskan oleh pasukan bomba dan agensi lain di perairan antara Pulau Sepanggar dan Pulau Gaya. - Foto Sinar Harian
Seorang lelaki dilaporkan lemas selepas terjun ke laut untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh akibat pelanggaran bot ketika memancing di perairan antara Pulau Sepanggar dan Pulau Gaya, awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Jeksin Eming, 40, berjaya dinaikkan ke atas bot sebelum dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), namun disahkan meninggal dunia pada hari yang sama, manakala adiknya, Jaidin, 30, masih belum ditemui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kedua pada jam 9.47 malam tadi.
Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berhubung kejadian bot karam di perairan Pulau Sepanggar pada awal pagi Isnin.
"Menurut laporan polis, seorang mangsa lelaki dipercayai lemas selepas terjun ke laut untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh akibat perlanggaran dengan bot lain ketika memancing berhampiran perairan antara Sepanggar dan Pulau Gaya.
"Jeksin berjaya dinaikkan ke atas bot dan dihantar ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan daripada itu, operasi SAR mangsa kedua masih diteruskan namun tidak menemui sebarang petunjuk.
"Radius operasi pencarian bersama agensi lain sejauh tiga batu nautika dan mangsa belum ditemui.
"Operasi ditangguhkan pada jam 5.17 petang Selasa dan akan disambung pagi ini. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Memancing
#lemas
#perairan antara Pulau Sepanggar dan Pulau Gaya
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan