awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Tg Sepat: Datuk, nenek dan cucu ditetak sebelum dibakar - Polis

Hakim Rahman
Hakim Rahman
13/12/2017
06:39 MYT
Tragedi Tg Sepat: Datuk, nenek dan cucu ditetak sebelum dibakar - Polis
Siasatan awal polis percaya mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum dibakar. - FotoBOMBA
Empat sekeluarga yang maut kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang awal pagi tadi dipercayai dibunuh sebelum dibakar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata, siasatan awal Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) pihaknya mendapat terdapat kesan tetakan pada badan mangsa.
"Siasatan mendapati terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan tiga daripada mangsa. Kesemua mangsa dipercayai telah dibunuh kemudian telah dibakar,
"Bagaimanapun begitu punca kematian akan disahkan sepenuhnya selepas bedah siastan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pihaknya juga mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi tadi, empat sekeluarga yang maut adalah pasangan suami isteri dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73, Lim Mai Shak, 68 dan cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang masih belum dikenal pasti.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, semua mangsa ditemui selepas api berjaya dipadamkan kira-kira jam 7 pagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#bunuh
#CSI
#kebakaran
#keluarga
#kianat
#polis
#tanjung sepat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan