awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi nasional terencat di Selangor -- PM

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
22/04/2013
11:10 MYT
Transformasi nasional terencat di Selangor -- PM
Dasar transformasi nasional terencat di Selangor sejak 2008 kerana dihalang oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, kekayaan yang dimiliki oleh Selangor selama ini tidak pernah disalurkan oleh kerajaan negeri pakatan itu untuk kepentingan rakyat.
''Kerajaan Pakatan Rakyat menghalang kemajuan rakyat Selangor. Mereka tidak pernah memikirkan apa yang rakyat perlu.
''Banyak bukti yang menunjukkan pakatan rakyat hanya mementing diri. Dasar transformasi yang dinikmati negeri lain tidak dikecap sepenuhnya oleh rakyat Selangor,'' katanya semasa majlis santai dan tinjauan mesra bersama penduduk di Kota Anggerik di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Najib meminta pengundi setempat memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin.
Katanya, Zulkifli merupakan calon yang memahami 'permainan' Pakatan Rakyat menipu masyarakat Selangor selama ini.
''Kita ambil calon ini kerana dia tahu selok belok pembangkang dan Anwar Ibrahim. Dia (Zulkifli) merupakan harapan yang boleh mengembalikan Selangor kepada BN,'' ujarnya.
Sebelum itu, Najib mengadakan tinjauan mesra di kawasan Parlimen Selayang dan Gombak selain mengadakan pertemuan dengan jentera BN di beberapa Pusat Daerah Mengundi di kawasan berkenaan.
Zulkifli menentang penyandang Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas. Pada pilihan raya umum 2008, Khalid mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Aziz Shahsuddin dengan majoriti 9,314 undi.
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#Parlimen
#PRU-13
#PRU13
#shah alam
#Zulkifli Noordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan