awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi perkhidmatan awam perlu cakupi kecekapan rancang pembangunan - PM

Bernama
Bernama
15/10/2024
14:01 MYT
Transformasi perkhidmatan awam perlu cakupi kecekapan rancang pembangunan - PM
Anwar semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 7 Tahun 2024 hari ini. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Transformasi perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutama dalam mencari pendekatan baharu terkait isu kelewatan pelaksanaan projek, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau berkata perlu ada penerokaan kaedah pelaksanaan projek yang baharu berbanding kaedah konvensional selari dengan isu, perubahan teknologi dan matlamat negara.
"Selain itu, satu inventori khusus perlu dibangunkan bagi mengenal pasti bangunan kosong di seluruh negara untuk membolehkan kerajaan mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada dan mengurangkan pembinaan kompleks baharu pejabat kerajaan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Perkara itu antara yang disentuh dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 7 Tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.
Anwar berkata mesyuarat itu antara lain meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan bagi mendapatkan nilai terbaik kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#perkhidmatan awam
#pelaksanaan projek
#perubahan teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan