awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend 'unboxing' isteri ibarat 'jual bini'

Bernama
Bernama
14/01/2022
06:34 MYT
Trend 'unboxing' isteri ibarat 'jual bini'
MOHD ASRI: Kadang-kadang mereka ini membuat trend yang melampaui batas sampai mendedahkan isteri sendiri. - Gambar fail
KANGAR: Trend unboxing isteri yang menjadi ikutan para pengantin baharu, melibatkan pengantin lelaki membantu pengantin perempuan membuka tudung dirakam untuk dimuat naik ke dalam media sosial, dilihat seperti 'menjual bini'.
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata kemajuan teknologi yang semakin berubah menjadikan manusia mendedahkan diri sendiri sebagai satu kebanggaan dan kesombongan.
"Kebanggaan dan kesombongan untuk menunjukkan apa yang aku ada dan apa yang orang lain tiada sehingga ada yang terpengaruh dengan memuat naik kandungan unboxing isteri semata untuk mendapat like (tanda suka) yang banyak dalam media sosial.
"Kadang-kadang mereka ini membuat trend yang melampaui batas sampai mendedahkan isteri sendiri," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari: "Nabi Muhammad SAW tidak membenarkan perempuan bercerita mengenai tubuh perempuan lain kepada suaminya kerana itu akan menaikkan syahwat suaminya terhadap perempuan lain."
Mohd Asri juga berkata penglibatan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp yang tidak berfaedah perlu dikurangkan.
Sementara itu, seorang penjawat awam Norhafizah Saad, 48 berkata trend unboxing tersebut dianggap kurang sopan kerana aurat isteri adalah untuk suami dan bukannya untuk menjadi bahan tontonan ramai.
"Tidak perlu untuk kongsi apa yang kita ada untuk semua orang walaupun niat asal hanya untuk berkongsi kegembiraan akhirnya seolah-olah menjual bini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#unboxing isteri
#trend
#Mufti Perlis
#Pengantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan