awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Waspada peralihan monsun aktif
Pagar Laut: Maritim Malaysia tahan 617 individu, catat rampasan RM4.6 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump cadang "perubahan rejim" di Iran, dakwa rundingan diadakan, Tehran nafi

Bernama
Bernama
23/03/2026
16:53 MYT
Trump cadang "perubahan rejim" di Iran, dakwa rundingan diadakan, Tehran nafi
Seorang anggota bomba cuba memadamkan api sementara sebuah jentolak membersihkan sisa kemusnahan di sebuah bangunan kediaman yang terkena serangan terdahulu oleh AS–Israel di Tehran, Iran. - Foto AP
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin mendakwa Washington telah mengadakan perbincangan “intensif” dengan pihak berkuasa Iran, dakwaan yang dinafikan oleh Tehran, dan dilaporkan turut menyatakan “perubahan rejim” sedang berlaku di Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik media AS.
Dalam temu bual telefon, Trump “menegaskan … bahawa apa yang sedang berlaku di Iran boleh disifatkan sebagai perubahan rejim,” menurut CNBC.
Dalam temu bual itu, presiden AS berkenaan memberi isyarat perubahan besar dalam usaha menyelesaikan konflik yang telah berlarutan selama tiga minggu, walaupun butiran mengenai rundingan yang didakwa itu masih tidak jelas, termasuk siapa yang terlibat serta bagaimana atau di mana ia diadakan.
Tehran menolak secara tegas dakwaan Trump mengenai rundingan itu, dengan pegawai Iran berulang kali menegaskan bahawa tiada sebarang rundingan sedang berlangsung.
Trump memberitahu CNBC sejurus selepas hantaran di Truth Social bahawa AS “sangat berhasrat” untuk mencapai perjanjian dengan Iran dan menyuarakan harapan bahawa sesuatu yang substantif dapat dicapai melalui rundingan berkenaan.
Laporan itu menyusuli pengumuman terdahulu di Truth Social bahawa beliau telah mengarahkan pihak tentera menangguhkan serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur tenaga Iran selama lima hari bagi memberi ruang kepada kemungkinan kemajuan diplomatik.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Donald Trump
#Iran
#perubahan rejim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan