awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dakwa pasukan AS “hampir tiada lagi sasaran” di Iran

Bernama
Bernama
11/03/2026
16:50 MYT
Trump dakwa pasukan AS “hampir tiada lagi sasaran” di Iran
Presiden Trump berkata, Iran “tidak akan terlepas begitu sahaja” selepas menyasarkan aset AS di beberapa negara di Asia Barat. - Gambar Reuters

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa perang AS-Israel dengan Iran akan berakhir “tidak lama lagi” kerana hampir tiada lagi sasaran untuk diserang di negara itu, lapor Xinhua.

“Sedikit di sana sini ... bila-bila masa saya mahu menamatkannya, ia akan berakhir,” kata Trump kepada portal media dalam talian AS Axios dalam temu bual telefon selama lima minit pada Rabu.

Presiden itu berkata, Iran “tidak akan terlepas begitu sahaja” selepas menyasarkan aset AS di beberapa negara di Asia Barat.

Pegawai AS dan Israel berkata, mereka sedang bersiap sedia untuk sekurang-kurangnya dua minggu lagi serangan di Iran dan tiada arahan dalaman dikeluarkan setakat ini mengenai bila pertempuran mungkin dihentikan, menurut laporan Axios.

Menteri Pertahanan Israel,. Israel Katz berkata pada Rabu, perang itu akan diteruskan “tanpa had masa, selama mana yang perlu sehingga kita mencapai semua objektif dan memenangi kempen ini secara muktamad”.

Tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah melancarkan serangan terhadap dua kapal di Selat Hormuz sejak pagi Rabu, menurut kenyataan jabatan perhubungan awamnya.

Laporan menyatakan sekurang-kurangnya tiga kapal, termasuk sebuah dari Thailand, terkena objek peluru “tidak dikenal pasti” dalam insiden berasingan ketika melalui selat itu pada Rabu.

Turut pada Rabu, Brad Cooper, komander Pemerintah Pusat AS berkata, tentera AS menyerang sebuah “kemudahan besar pembuatan peluru berpandu balistik” di Iran pada malam Selasa.

“Kami secara sistematik melumpuhkan mereka dengan menyasarkan peluru berpandu dan dron Iran di samping menyerang pangkalan industri pertahanan mereka,” kata Cooper di platform X. “Malam tadi sahaja, pasukan pengebom kami menyerang sebuah kemudahan besar pembuatan peluru berpandu balistik sebagai contoh.”

Komander itu berkata, tentera AS telah menyerang lebih 5,500 sasaran di seluruh Iran, termasuk lebih 60 kapal, sejak AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran pada 28 Feb.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#perang Iran-Israel
#konflik Asia Barat
#Donald Trump
#IRGC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan