awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump desak Netflix pecat Susan Rice, syarikat ‘berdepan akibatnya’ jika enggan

Astro AWANI
Astro AWANI
22/02/2026
01:04 MYT
Trump desak Netflix pecat Susan Rice, syarikat ‘berdepan akibatnya’ jika enggan
Trump menuduh bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sebagai “rasis”, “taksub anti-Trump” dan seorang “ahli politik tanpa bakat”. - Foto fail/AP
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencetuskan kontroversi politik baharu selepas menggesa syarikat penstriman Netflix supaya memecat ahli lembaga pengarahnya, Susan Rice, atau berdepan “padah”, dalam satu hantaran di platform Truth Social pada Sabtu.
Dalam kenyataan berapi-api itu, Trump menuduh bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sebagai “rasis”, “taksub anti-Trump” dan seorang “ahli politik tanpa bakat”.
Beliau turut mempersoalkan berapa bayaran Rice terima dan “untuk apa”.
Kemarahan Trump dikatakan berpunca daripada komen Rice dalam sebuah podcast awal minggu ini, di mana beliau memberi amaran bahawa syarikat-syarikat yang “mengikut kehendak Trump” mungkin bakal berdepan tindakan apabila Demokrat kembali berkuasa.
Rice berkata syarikat yang memilih untuk tunduk kepada kepentingan politik jangka pendek tidak boleh mengharapkan layanan ‘berlapang dada’ seperti dahulu.
Kenyataan Trump itu muncul ketika Netflix sedang berdepan penelitian regulatori berkaitan cadangan pengambilalihan Warner Bros, satu isu yang turut menjadi sasaran tokoh konservatif lain seperti Laura Loomer, yang mendakwa syarikat itu berpihak kepada kepimpinan era Obama.
Netflix setakat ini belum mengeluarkan sebarang komen berhubung desakan Trump.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Susan Rice
#Netflix
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan