awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ugut penjarakan wartawan, dakwa maklumat misi menyelamat di Iran bocor

Bernama
Bernama
07/04/2026
04:27 MYT
Trump ugut penjarakan wartawan, dakwa maklumat misi menyelamat di Iran bocor
Trump mengugut akan menjejaki dan memenjarakan wartawan yang membocorkan maklumat mengenai misi menyelamat juruterbang AS di Iran. - Gambar/ Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata Washington akan menjejaki dan memenjarakan wartawan yang membocorkan maklumat mengenai misi menyelamat juruterbang AS di Iran, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Jadi siapa pun individu itu, kami fikir kami akan dapat menemuinya, kerana kami akan pergi kepada syarikat media yang menyiarkannya dan kami akan berkata, demi keselamatan negara, serahkan maklumat itu atau masuk penjara,” kata Trump dalam sidang media.
Pada Jumaat, media AS melaporkan bahawa Amerika Syarikat melancarkan operasi mencari dan menyelamat berskala besar ekoran nahas pesawat pejuang supersonik F-15E Strike Eagle di Iran.
Seorang daripada dua juruterbang itu ditemukan tidak lama kemudian.
Trump kemudiannya mengumumkan bahawa juruterbang kedua pesawat F-15E AS telah diselamatkan.
Menurut presiden, puluhan pesawat AS terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.
Pada 28 Feb, AS dan Israel mula melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian.
Iran kemudian melancarkan serangan balas ke atas wilayah Israel, selain sasaran ketenteraan AS di Asia Barat.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#trump ugut wartawan
#juruterbang pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan