awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ugut tempatkan Pengawal Kebangsaan di lapangan terbang

Bernama
Bernama
26/03/2026
08:06 MYT
Trump ugut tempatkan Pengawal Kebangsaan di lapangan terbang
Trump mengumumkan beliau akan mengerahkan ejen ICE ke lapangan terbang pada 23 Mac untuk memastikan keselamatan ketika berlakunya gangguan di lapangan terbang. - Gambar fail/Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengugut untuk menempatkan Pengawal Kebangsaan ke lapangan terbang negara itu jika Demokrat enggan bersetuju menamatkan penutupan separa kerajaan dan menghentikan penentangan mereka terhadap penggunaan bajet Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kami akan menghantar Pengawal Kebangsaan jika perlu... kami mempunyai 6,000 ejen ICE (Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam) dan kami mempunyai 40,000 orang lain yang mereka bantu, sesetengah daripada mereka dipaksa kerana Demokrat tidak mahu membayar mereka," kata Trump pada hari Rabu, merujuk pada Pentadbiran Keselamatan Lapangan Terbang (TSA) yang bertanggungjawab.
Presiden menuduh Demokrat, yang dilabelnya sebagai "kiri radikal", cuba mendapatkan semula kawalan DHS untuk menutup agensi itu.
Pada Rabu, DHS menyalahkan Demokrat atas pemergian lebih 450 pekerja TSA ketika penutupan sebahagian kerajaan AS.
Penutupan separa DHS telah berterusan selama lebih sebulan. Rumah Putih menyatakan bahawa penutupan itu membebankan ekonomi AS sebanyak AS$2.5 bilion.
Trump mengumumkan beliau akan mengerahkan ejen ICE ke lapangan terbang pada 23 Mac untuk memastikan keselamatan ketika berlakunya gangguan di lapangan terbang.
Sementara itu, belanjawan DHS kekal sebagai titik perbalahan utama di Senat, dengan Demokrat menuntut syarat yang lebih ketat untuk ICE, manakala pembiayaan untuk agensi persekutuan lain telah pun diluluskan sehingga 30 Sep 2026.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#AS
#penutupan separa kerajaan
#Trump
#Pengawal Kebangsaan
#Lapangan Terbang Addison
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan