awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum bantuan berbilion dolar untuk Gaza pada mesyuarat Lembaga Keamanan

Astro AWANI
Astro AWANI
19/02/2026
22:57 MYT
Trump umum bantuan berbilion dolar untuk Gaza pada mesyuarat Lembaga Keamanan
Trump memegang resolusi yang telah ditandatangani semasa mesyuarat pertama Lembaga Keamanan di Institut Keamanan Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa sembilan negara telah berikrar menyumbang AS$7 bilion kepada dana pembinaan semula Gaza pada mesyuarat pertama Lembaga Keamanan di Washington.
Trump turut mengesahkan AS akan menyumbang AS$10 bilion kepada badan itu, namun tidak memperincikan penggunaan wang tersebut.
Negara‑negara yang membuat sumbangan awal termasuk Kazakhstan, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Kuwait.
“Setiap dolar adalah pelaburan untuk kestabilan dan harapan masa depan,” kata Trump.
Indonesia, Maghribi, Kazakhstan, Kosovo dan Albania bersetuju menghantar anggota tentera sebagai pasukan penstabilan antarabangsa di Gaza, sebahagian daripada pelan 20 mata Trump untuk menamatkan perang Israel‑Gaza.
Mesir dan Jordan pula akan melatih anggota polis Palestin.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berkata negaranya bersedia menghantar sehingga 8,000 anggota bagi menjayakan usaha damai tersebut.
Hamas menyatakan mana‑mana pasukan antarabangsa harus memastikan gencatan senjata dipatuhi dan menghentikan serangan Israel.
Isu pelucutan senjata boleh dibincangkan, kata jurucakap Hazem Qassem, namun tanpa komitmen jelas.
Wartawan Al Jazeera di Gaza melaporkan bahawa rakyat Palestin mahukan penyelesaian konkrit, bukan sekadar janji dana, memandangkan banyak proses pembinaan semula sebelum ini gagal dilaksanakan.
Lebih 40 negara dan Kesatuan Eropah turut menghadiri mesyuarat tersebut sebagai peserta atau pemerhati.
Topic Berkaitan
#Lembaga Keamanan
#Donald Trump
#dana
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan