awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan Guru semakin pulih, boleh bercakap, bergurau - Setiausaha Politik Hadi Awang

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2021
00:54 MYT
Tuan Guru semakin pulih, boleh bercakap, bergurau - Setiausaha Politik Hadi Awang
Abdul Hadi sebelum ini dikatakan kepenatan, mungkin kerana menghadiri beberapa mesyuarat di Terengganu dan Kuala Lumpur seminggu ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Keadaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, semakin baik dan sudah boleh bercakap.
Setiausaha Politiknya Syahir Sulaiman berkata, Abdul Hadi juga memberitahu akan memaklumkan situasinya dari semasa ke semasa.
"Sekitar 7.30 pagi tadi saya terima panggilan daripada Tuan Guru (Abdul Hadi), mohon maklumkan kepada semua, beliau sudah semakin baik, sudah boleh bercakap dan bergurau," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Ditanya berhubung keadaan kesihatan Abdul Hadi sebelum ini yang dilaporkan mungkin kepenatan, Syahir berkata, beliau ada menghadiri beberapa mesyuarat selama seminggu ini.
"Dalam seminggu ini memang ada beberapa mesyuarat penting, cuma banyak masa beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur.
"Tidak ada petanda awal tentang kesihatan Tuan Guru. Cuma sekitar Maghrib (semalam), Tuan Guru mengadu agak sukar untuk bernafas.
"Kami bincang terus ke kecemasan untuk buat pemeriksaaan. Tuan Guru mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) dari Hospital Putrajaya," katanya.
BACA: Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
Dalam pada itu kata Syahir, Abdul Hadi pernah menerima rawatan dan pembedahan injap di IJN pada 2017.
"Kita ada jadual janji temu dari pihak IJN. Tuan guru sentiasa jaga makan dan ikut nasihat doktor.
"Kita akan maklumkan apa perkembangan terkini, cuma atas nasihat doktor, kita harap tuan guru dapat ruang untuk berehat, pelawat juga harus dihadkan," katanya.
Sementara itu anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil dalam hantaran di laman Facebook sebentar tadi menjelaskan, ayahnya dalam keadaan stabil dan perlukan rehat.
"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
"Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
#Kuala Lumpur
#politik
#guru
#sesak nafas
#IJN
#Hospital
#stabil
#penat
#kesihatan
#janji temu
#sukar bernafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan