awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugas besar saya adalah menjaga majoriti rakyat - Zahid Hamidi

Arfa Yunus
Arfa Yunus
10/10/2013
11:00 MYT
Tugas besar saya adalah menjaga majoriti rakyat - Zahid Hamidi
“Tugas besar saya adalah menjaga majoriti rakyat.”
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata demikian semasa menjawab soalan apakah keutamaan yang ditetapkan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri semasa menjadi tetamu dalam program Analisis AWANI petang tadi.
“Saya melihat daripada aspek kemanusiaan sejagat secara keseluruhannya dimana, apa hak asasi manusia yang telah dilaksanakan untuk menjaga keselamatan nyawa polis? Apa hak asasi manusia yang telah diaplikasikan bagi membanteras jenayah dengan menjaga pihak yang menjadi mangsa, yang dibunuh, dirompak dan diragut?
“Kita harus melihat bagaimana cara untuk kita berdepan dengan masalah yang dihadapi majoriti rakyat. Benar pejuang-pejuang hak asasi manusia memperjuangkan hak individu. Benar mereka melihat dalam aspek perundangan dan politik. Bagi saya, tugas besar saya adalah menjaga majoriti rakyat,” kata beliau
Menurutnya, dengan pelbagai insiden tembakan dan pembunuhan yang banyak terjadi, beliau tidak mahu kredibilitinya dipersoalkan.
"Kejadian tembakan hampir setiap hari dan pembunuhan hampir setiap minggu. Ini harus ditangani. Jika tidak, bukan orang ramai sahaja yang akan persoalkan kredibiliti saya, malah, waktu di Padang Mahsyar nanti, Allah akan bertanya kepada saya dan ini lebih penting," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Menteri Dalam Negeri
#tugas
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan