awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugas polis bukan sekadar profesion, tetapi amanah besar - Saifuddin Nasution

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
02:51 MYT
Tugas polis bukan sekadar profesion, tetapi amanah besar - Saifuddin Nasution
Tugas seorang anggota polis bukan sekadar profesion, tetapi satu amanah besar kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Tugas seorang anggota polis bukan sekadar profesion, tetapi satu amanah besar kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas tanpa mengira waktu dan keadaan demi memastikan keamanan serta ketenteraman negara kekal terpelihara.
“Hari ini kita meraikan sebuah institusi yang telah berdiri teguh menjaga keamanan negara sejak lebih dua abad iaitu PDRM.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga (polis). Jasa dan pengorbanan anda semua sentiasa dihargai dan dikenang,” katanya yang menzahirkan ucapan penghargaan sempena Hari Polis ke-219 menerusi hantaran di laman Facebook.
Saifuddin Nasution turut berharap agar PDRM terus kekal profesional serta berintegriti dalam memikul tanggungjawab sebagai institusi yang sentiasa dekat di hati rakyat.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut merakam ucapan sama sambil mendoakan kesejahteraan pasukan polis khususnya ketika mereka melaksanakan tugas.
“Terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
“Semoga terus tabah, cekal, serta sentiasa bertugas dengan penuh integriti, amanah dan tanggungjawab.Selamat Hari Polis!,” katanya di laman Facebook.
Turut merakamkan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Polis
#Saifuddin Nasution Ismail
#PDRM
#Fahmi Fadzil
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan